Tuesday 19 March 2013

WAR MEMORIAL - KUNDASANG

Kundasang War Memorial adalah salah satu tempat bersejarah di Sabah. Ia didirikan pada tahun 1962 sempena memperingati askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Selain itu, memorial ini juga khusus untuk memperingati rakyat Borneo Utara yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk membantu tawanan perang
Memorial ni sebenarnya ada kaitan dengan sejarah Kawat Maut Sandakan (Sandakan Death March), iaitu salah satu kejadian paling buruk diketahui dalam siri kejadian yang mengakibatkan banyak kematian. Di bawah ni antara catatan yang terdapat pada memorial yang dipamerkan di pintu masuk.





Semasa Perang Dunia Kedua, tawanan perang tentera Australia dan British dipenjarakan di Sandakan oleh pihak tentera Jepun. Tawanan perang pertama tiba dari Singapura dan mereka dipaksa untuk membina landasan kapal terbang tentera Jepun pada bulan Julai tahun 1942 dan menjelang pertengahan tahun 1943 lebih dari 1800 orang tawanan perang Australia dan 750 orang British menjadi buruh paksa di kem tahanan ini.

Keadaan hidup yang payah dan keadaan tempat kerja yang teruk wujud di kem tahanan ini. Tentera Jepun dan Pegawai Formosa yang sangat kejam terhadap tawanan perang dan bilangan tawanan perang yang mati pun meningkat sepanjang tahun 1943 dan 1944. Penduduk tempatan cuba sedaya upaya untuk menolong tawanan perang yang tidak berupaya itu kadang kala tidak menghiraukan ancaman bunuh yang dikeluarkan oleh pihak tentera Jepun
Jadi kalau ada kesempatan berkunjung ke Sabah, terutamanya di Kundasang, jangan lupa singgah di Kundasang War Memorial ni. Tak mahal pun bayaran, cuma RM2 untuk pemegang kad pengenalan (warganegara) dan RM10 untuk lain-lain warganegara.
 

No comments:

Post a Comment