Friday 21 December 2012

Laksamana Sunan

Korang penah baca tak buku2 citer yg kat bawah nie... Ini adalah buku2 pebret aku yg aku x pernah jemau baca walapun berulang kali. Aku gerenti klau korang baca buku ni sure x bosan heehee

"Apabila hujan turun

Melimpahlah air dari perbukitan

Hujan menujah ke batu

Melekuk tanda waktu beralih

Seiring nyawa menghanyut usia

Sejalan nafas melangkah ke hujung

Awan kalau dapat di capai

Maka saktilah hamba

Kau Bagaikan Puteri...... Haryani.. "


" Cinta Sang Ratu

Laksana langit mencengkam purnama

Ibarat mutiara di lautan biru

Saujana mata memandang

Seluas langit terbentang

Tatkala cinta berbisik

Suaranya memuji Tuhan

Apabila rindu terusik

Rasulnya menjadi pilihan

Sampai masanya cinta jadi taruhan

Sang Ratu menjadi impian..."

" Dendam itu bara... kemarahan itu api..."

" Hanya nama mu sentiasa terlafaz
di hati nan kerdil ini..."
































" Sekali ku rebah

Sejuta kali ku bangkit..."












"Allah menciptakan Cinta
dan Cinta itu
fitrah manusia..."




Great Cookout

Sambungan dari gambar2 di bawah..... 


Pada 6.12.12 opis tempat aku keja ada buat ala2 hari kantin. Semua staff terlibat dlm program nie. Ini adalah xtvt sosial atau pun org gelar CSR. Program ni di bahagikan kpd 7 team, setiap team akan memilih menu yg mereka suka. Seronok mmg seronok bila tgk staff2 memasak. Macam2 jualan hari tu ada burger, western, traditional & etc. Team aku di gelar D'Warung. 

Kami jual roti john, lempeng pisang dgn eskrem, lontong jawa, teh tarik, lai chi kang & kuih muih traditional. Program bermula jam 10.00pg sampai 4.pm. Team yg dapat untung paling tinggi akan dapat hadiah... 

Ini bukan lah pengalaman pertama aku jual2 barang ni. Sebelum ni aku dh pernah jual kerepek kt  titiwangsa selama 3 bulan. Memg serono, wpun kita x kenal org2 di sebelah kita, tapi diaorg very helpfull dan tidak lokek utk share pengalaman pada aku.

Memula mmg malu tp bila dah lama jd seronok. cuma kadang2 rasa jeles tgk kedai lain ramai org singgah, kedai kita org pandang je heheee. Tp itu semua tak mematahkan semangat aku utk terus kan perniagaan cuma mungkin bukan rezeki aku.

Utk great cookout tu.. IT depat bolot semua kategori iaitu Highest Profit, The creative stall & lagi satu aku x ingat apa dia. Tahniah pd IT Dept. apa2 pun aku mmg enjoy

Monday 17 December 2012

The Great Cookout

Korang tengok dulu gambor2 ni dulu, i'll explain about all this pictures later. 











Sunday 16 December 2012

KENALI AKU

As-Salam,

17.18.12 @ 12.07pm

Ini adalah hari permulaan aku untuk mula berjinak2 dgn dunia blogger. Mungkin agak terlewat utk aku menceburi dunia blogger ini, tapi untuk mengisi masa singgang ku, apa salahnya aku berkongsi apa yg aku rasa pada yg sudi membaca blog aku ini.Bagi yg tidak mengenali diriku, biar aku introduce myself sikit ye.

Aku anak kepada Udin b Sulong (al-fatihah buat abah yg telah pergi ke Rahmatullah pada 20.11.12 @ 7.00pm) dan Menah binti Alias. Hampir sebulan abah pergi meninggalkan kami, sekarang baru terasa kekosongan bila balik kampung. Selalu bila sampai umah, abah sure duduk di meja makan. kadang2 dalam bilik berbaring kerana abah tak berapa sihat. Tapi sekarang semuanya dah berlalu... 


Aku anak ke-5 dari 10 org adik beradik. meaning aku yg tgh. Org kata anak tgh ni boleh di bawa ke tegh and ke tepi... ye ke... ntah ler.. tapi aku sayang keluarga aku. Kami dari keluarga yg sedehana sahaja. Semua dah besar2 dan yg paling bongsu pun dah berumur 21 tahun (agak2 je)


Aku mmg minat bersukan terutama futsal, badminton & boling. Tapi sejak lutut aku dioperate, pergerakkan aku telah terbatas dlm sukan2 ni. Tapi kerana minat aku terus kan jugak wpun sakit.oh ya, di tempat aku kerja, aku ada team futsal, badminton & boling,  klau ada sapa2 yg ingin buat friendly dgn kami, mmg ler kami alu2kan. tapi team kami bukan le pro sgt, biasa2 jer heheee. 

Aku juga ada geng2 gie travel, group aku tu di panggil kebubu & kedabu. Nak tau apa itu kebubu & kedabu. Kebubu tu ialah Kelab Bujang Bursa & Kedabu tu kelab Dara Bursa hahhaa.. tp klau ada geng yg dah kawin nk join kami no hal


Aku seorgn yg simple, easy going dan ikhlas dlm berkawan. Kenali aku dulu sebelum judge aku yer... mmg klau siapa yg tak kenali aku akan anggap aku ni pendiam & sombong. Tapi bila korang dh kenal & rapat dgn aku korang akan tau sapa aku yg sebenarnya.

Cuma bab2 family mmg aku berahsia sikit. aku pun tak tau knaper, tp aku rasa biarlah cerita family hanya aku & yg rapat dgn aku saja yg tau. Tp klau diri aku, aku terbuka... tapi x adalah buka habis. ok- aku stop kat sini dulu. ada umur pjg kita jumpa lagi


adios