Thursday 28 February 2013

Jodoh

Rasa macam malas nk balik awal... arini aku nak bercerita mengenai JODOH .. bila sebut pasal jodoh mmg satu perkataan yg amat memeningkan kepala.. Cuma aku masih berpegang pada Jodoh, ajal & maut semua di tangan Tuhan.. siapalah aku untuk melawan takdir Tuhan... Allah pernah berfirman yg bermaksud

Apa yag mampu aku coretkan di sini adalh sepeti di bwah..




Ustaz Idrus pun pernah berkata :-

dan beliau berpesan 5 perkara JANGAN oleh lelaki kepada wanita ...

Aku berpegang pada kata 2


hanya apa yg mampu aku lakukan sekarang adalah berdoa dan terus berdoa...




peace no war ha ha ha

Hepi Besday OWEN & Hepi Belated Besday SAL





Tuesday 26 February 2013

Tarian Barongan - Batu Bulan, Bali @ 28.09.11 - 03.10.11

As-salam pada yg sudi membaca blogku ini... klau tengok pada tajuk di atas mmg dah lama trip bali kebubu and kedabu ni... tapi just nk share apa yg kami dapat selama seminggu berada di Bali.

Tarian Barongan merupakan sejenis tarian rakyat yang menggambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s. dengan binatang-binatang yang boleh bercakap. Kononnya, seekor harimau telah terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Apabila terpandang harimau, merak pun melompat di atas kepala harimau dan keduanya terus menari.Tiba-tiba seorang Juru Iring bernama Garong yang mengiringi Puteri Raja yang sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu. Melihatkan kedua haiwan itu menari, Pamong lalu turun dari kudanya dan menari bersama-sama binatang tadi. Tarian ini terus diamalkan dan boleh dilihat di daerah Batu PahatJohor dan di negeri Selangor. Di antara alat-alat muzik yang digunakan bagi mengiringi tarian Barongan ialah gonggendang, dan angklung.Tarian Barongan dipercayai berkembang di Malaysia sekitar 1722, oleh masyarakat Jawa Islam ke Malaysia. Ketika kerajaan Riau-Lingga hancur, para abdi kerajaan hijrah ke Johor Malaysia dan mengembangkan berbagai kebudayaan Melayu berkonsepkan Islam diMalaysia.Negara Indonesia menganggap Tarian Barongan sebagai menciplak tarian Hindu Reog yang berasal dari Ponorogo kerana keduanya memiliki tarian yang persis sama dan yang utama ialah topeng dadak merak, topeng berkepala harimau yang di atasnya terdapat bulu-bulu merak. Hal ini (ciplakan) dibantah oleh rakyat Ponorogo yang menganggap para penghijrah yang bertapak di Malaysia, yang telah mempratik kesenian budaya mereka sendiri lama sebelum wujudnya Indonesia, sebagai maling.Bentuk dadak merak turut menyerupai kavadi yang dibawa oleh penganut Hindu semasa perayaan Taipusam. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Barongan)di bawah ni ada sedikit sempat aku rakamkan tarian barongan. Pandapat aku semasa aku menyaksikan tarian barongan, aku mmg teruja melihat persembahan yg sgt2 bagus dari penari2 yg melakonkan watak2 di dalam tarian barogan ini. Sori, video kurang memuaskan...


bergambar bersama salah seorang pelakon

 bersama pemuzik2 
kepuasan terpancar dimuka masing2 setelah selesai menyaksikan tarian  barongan



Hukum Menghimpun Dua Waktu Solat



Monday 25 February 2013

PURE MARINE COLLAGEN - cubalah

Member aku ada jual produk ni.. asal dari rumpai laut... korang tgk gambar kt bawah nie


KAEDAH PENYEDIAAN:
Cara Penggunaan:
1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali.
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman.
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan.
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus.
5. Masak dengan api yang perlahan dalam 30-45 minit. Kacau sehingga mendidih & hancur. Selepas mendidih, biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais (stok untuk 4 minggu) – simpan segumpal kolagen mentah yang telah direbus tadi (seperti agar2) dalam bekas bertutup ke dalam peti ais untuk dijadikan masker.
Maklumat tambahan:
Boleh juga dicampurkan dgn gula batu/ginseng.
CARA PENGAMBILAN:
1. Waktu terbaik, ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur (sebelum sarapan) & sebelum masuk tidur).
2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly). Untuk mencairkannya, ambil 3 sudu besar & tambah sedikit air suam dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan dengan sunquick/air buah.




Setelah di masak



KEISTIMEWAAN PMC:
 Nilai2 nutrisi kolagen ni 10x ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu (satu mangkuk kecil RM300).
 Khasiatnya sama dengan sarang burung layang2 (RM400 hingga ribuan ringgit).
 Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon.
 Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan.
 Memejalkan payudara, otot dan punggung.
 Menyihatkan rambut dan kuku.
 Menguatkan system abdomen dan memelihara kalenjar tiroid.
 Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur.
 Mengurangi selulit.
 Memberi tenaga, Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis.
 Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot.
 Merawat penyakit gout.
 Menurunkan tekanan darah tinggi.
 Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastric.
 Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh.
 Merawat anemia.
 Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit.
 Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut.
 Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka.
 Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis).
 Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas.
 Memberikan rasa kekenyangan (diet).
 Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir).


CARA MEMBUAT MASKER:
1. Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas.
2. Sapu rata gumpalan kolagen tadi di muka (sangat bagus dibuat setiap hari).
3. Boleh disapukan di muka, kulit & kulit kepala untuk mengatasi masalah jerawat, kulit kusam, kelemur/rambut gugur/botak.
4. Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci.
********************************************
PERHATIAN:
 Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe; minuman yang tinggi kandungan kafein sebab semua tu boleh menyerap dan buang vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita.
 Ambil bersama vitamin C untuk kesan yang maksimum & lebih cepat! banyakkan minum air kosong.


Semoga abah bersemadi dengan tenang di sana


Hampir sebulan aku tidak menziarahi teratak abah... ini sumer kerana sibuk berpindah... 

Pada 20.02.13 genap 4 bulan abah meninggalkan kami semua... Rindu kami pada abah tak pernah ilang... 




Segala jasa dan pengorbanan abah untuk membesarkan kami tak akan kami lupa sampai bila2.... semoga abah tenag di sana 

Semoga abah berada bersama org2 yang disayangi oleh Allah... Al-fatihah

Kenangan Terindah hanya di sini - BANTING

As Salam,

kalau korang nak tahu gambar2 yg di bawah ni dulunye ada sebuah rumah yg di duduki oleh kami sekeluarga... tapi sejak abah & emak pindah ke melaka, umah kami telah dirobohkan sbb abah dah mmg tak nak tinggal di sini lagi... Sedih mmg ler sedih sbb di sinilah kampung abah sebenarnya, BANTING Selangor

Dulu tiap kali balik kpg bila tiba musim rambutan, pokok rambutan ni lah jadi mangsa kitaorg... Buah mmg lebat dan manis... mmg x larat nk makan... Di belakang pokok rambutan inilah dulu nua ada umah kenangan kami 


Adik lelaki bongsu ku bersama anak2 sedara. Di sinilah adik bongsu ku membesar.. Rasanya dia yg paling lama duduk dgn mak & abah... sebab tu bila abah x ada dialah yg paling terasa sekali kehilangan abah


 tiang seri ni adalah dinding umah kami.. bermula dari tiang inilah umah kami dibina

 yg tinggal hanya tandas :).... yg lain2 sumer dah roboh... 

Thursday 21 February 2013

Ustaz Azhar Idrus - kata2 nasihat utk dunia & akhirat


Bismillahirahmanirrahim... Allahumma shollii 'alaa Muhammad wa'alaa alii Muhammad

Assalam’ualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Sahabat2 yang dirahmati Allah...
SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
ALLAHUAKBAR

ZIKIR kepada ALLAH akan membuat
Redha yang Maha Penyayang dan akan
Menghilangkan kesedihan dihati
Akan membuat timbangan kebaikan
Menjadi berat.

Sekadar renungan besama






Tuesday 19 February 2013

New place, New style, New environment

Agak lama jugak aku x menulis. 

Al-maklum ler sibuk pindah barang... oh ya, sekarang aku dah x tinggal di kampung baru lagi.. rasa sedih jugak nk tinggalkan kpg baru setelah hampir 13 tahun di sana. Sekarang aku dah tinggal di wangsa maju bersama mak dan adik badek ku yg bujang. Semua dlam umah tu ada 5 org. Mudah-mudahan perubahan dan perpindahan ini akan membuka lembaran baru buat kami sekuluarga. Insha Allah

Sekarang ni pergi kerja aku ambik lrt.. keta duk dalm parking je... sabtu ahad baru bergerak... rindu pulak rasa nk memandu hehehe.... hampir seminggu kami di tempat baru, aku dah mula utk mebiasakan diri dgn lrt, suasana yg majoriti di kelilingi oleh org2 cina... tapi alhamdulillah apa yg aku hendak telah di makbulkan Tuahn.. Masjid yg berdekatan dgn umah.. at least tiap kali masuk waktu aku dpt dengar suara azan berkumandang.. tima kasih Allah kerana kau mendengar isi hati umatmu yg kerdil ini. Mak aku tengok dh mula dapat terima hidup tanpa abah... dan mak nak mula utk biasakan diri tinggal berseorangan bila kami gie kerja... Nasib abik ada Kuning & Mat Yo yg teman kan mak masa kami tiada. :)

Awal tahun 2013 benar2 telah menguji aku dengan bermacam2 ujian.... sama ada aku mampu bertahan atau tidak je... nampaknya aku kena kuat tuk mengharungi segala ujian dan dugaan ini. Kuat kah aku...?