Friday 8 March 2013

LEGIAN, KUTA & HRC - BALI

Perjalanan kami seterusnya adalah berjalan2 cari makan
& membeli belah. Tempat yg kami pergi adalah
Legian, Kuta & Hard Rock Cafe (HRC).


LEGIAN
Masih ingat lagi kisah pegeboman di Bali. Di sinilah kisah tersebut terjadi yang telah mengorbankan seramai 202 orang. Selepas kejadian itu, makan terbinalah Monumen peringatan yg di gelar MONUMEN PERINGATAN BOM BALI. Melewati tempat ini pasti pelancong tidak akan melepaskan peluang untuk merakamkan gambar mereka di sini. Setiap tahun pada 12 Oktober kaum keluarga mangsa yg terkoban akan datang di sini bagi memperingati mangsa yg terkorban.






PANTAI KUTA adalah sebuah pusat pelancongan yg terletak di sebelah selatan Denpasar, ibu kota Bali. Pantai Kuta juga disebut sebangai pantai matahari terbenam (sunset beach). Di pantai ini juga sangat sesuai untuk mereka yang gemar surfing kerana ombaknya yg sgt sesuai dgn sukan tersebut. Lapangan terbang Gusti Ngurah Rai juga terletak tidak jauh dari sini.
Kuta merupakan salah satu pusat bandar yg menjadi tumpuan para pelancong asing yg datang ke Bali. Ramai para pelancong yang datang ke sini untuk melakukan xtvt2 sukan pantai dan lepak2 di tepi pantai kuta.. Banyak jugak kedai2 baju, restoran2, pusat2 hiburan ada di sini. Dah mcm negeri omputeh :) sbb mat saleh lagi ramai dr org2 bangsa kita hahaha

 Salah satu tempat yg menjadi tarikan di Kuta adalah HARD ROCK CAFE. Tak sah rasanya kalau singgah di HRC x ambik gambor dan beli sedikit souvenir sbg kenangan.






Selepas dah puas bergambor dan sopping, kami pun teruskan perjalanan ikut arah kaki.... tiba kat pantai singgah bergambor lagi... 


Bila perut dah berbunyi dan tekak dah mula haus... apatah lagi cuaca yg semakin panas, kami pun cari tempat makan. Kami singgah di DISCOVERY SHOPPING MALL. sangat dekat dgn pantai kuta...



Tengah kelaparan ni... semua kusyuk mengadap makanan

No comments:

Post a Comment