Tuesday 26 February 2013

Tarian Barongan - Batu Bulan, Bali @ 28.09.11 - 03.10.11

As-salam pada yg sudi membaca blogku ini... klau tengok pada tajuk di atas mmg dah lama trip bali kebubu and kedabu ni... tapi just nk share apa yg kami dapat selama seminggu berada di Bali.

Tarian Barongan merupakan sejenis tarian rakyat yang menggambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s. dengan binatang-binatang yang boleh bercakap. Kononnya, seekor harimau telah terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Apabila terpandang harimau, merak pun melompat di atas kepala harimau dan keduanya terus menari.Tiba-tiba seorang Juru Iring bernama Garong yang mengiringi Puteri Raja yang sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu. Melihatkan kedua haiwan itu menari, Pamong lalu turun dari kudanya dan menari bersama-sama binatang tadi. Tarian ini terus diamalkan dan boleh dilihat di daerah Batu PahatJohor dan di negeri Selangor. Di antara alat-alat muzik yang digunakan bagi mengiringi tarian Barongan ialah gonggendang, dan angklung.Tarian Barongan dipercayai berkembang di Malaysia sekitar 1722, oleh masyarakat Jawa Islam ke Malaysia. Ketika kerajaan Riau-Lingga hancur, para abdi kerajaan hijrah ke Johor Malaysia dan mengembangkan berbagai kebudayaan Melayu berkonsepkan Islam diMalaysia.Negara Indonesia menganggap Tarian Barongan sebagai menciplak tarian Hindu Reog yang berasal dari Ponorogo kerana keduanya memiliki tarian yang persis sama dan yang utama ialah topeng dadak merak, topeng berkepala harimau yang di atasnya terdapat bulu-bulu merak. Hal ini (ciplakan) dibantah oleh rakyat Ponorogo yang menganggap para penghijrah yang bertapak di Malaysia, yang telah mempratik kesenian budaya mereka sendiri lama sebelum wujudnya Indonesia, sebagai maling.Bentuk dadak merak turut menyerupai kavadi yang dibawa oleh penganut Hindu semasa perayaan Taipusam. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Barongan)di bawah ni ada sedikit sempat aku rakamkan tarian barongan. Pandapat aku semasa aku menyaksikan tarian barongan, aku mmg teruja melihat persembahan yg sgt2 bagus dari penari2 yg melakonkan watak2 di dalam tarian barogan ini. Sori, video kurang memuaskan...


bergambar bersama salah seorang pelakon

 bersama pemuzik2 
kepuasan terpancar dimuka masing2 setelah selesai menyaksikan tarian  barongan



No comments:

Post a Comment