Sunday 16 December 2012

KENALI AKU

As-Salam,

17.18.12 @ 12.07pm

Ini adalah hari permulaan aku untuk mula berjinak2 dgn dunia blogger. Mungkin agak terlewat utk aku menceburi dunia blogger ini, tapi untuk mengisi masa singgang ku, apa salahnya aku berkongsi apa yg aku rasa pada yg sudi membaca blog aku ini.Bagi yg tidak mengenali diriku, biar aku introduce myself sikit ye.

Aku anak kepada Udin b Sulong (al-fatihah buat abah yg telah pergi ke Rahmatullah pada 20.11.12 @ 7.00pm) dan Menah binti Alias. Hampir sebulan abah pergi meninggalkan kami, sekarang baru terasa kekosongan bila balik kampung. Selalu bila sampai umah, abah sure duduk di meja makan. kadang2 dalam bilik berbaring kerana abah tak berapa sihat. Tapi sekarang semuanya dah berlalu... 


Aku anak ke-5 dari 10 org adik beradik. meaning aku yg tgh. Org kata anak tgh ni boleh di bawa ke tegh and ke tepi... ye ke... ntah ler.. tapi aku sayang keluarga aku. Kami dari keluarga yg sedehana sahaja. Semua dah besar2 dan yg paling bongsu pun dah berumur 21 tahun (agak2 je)


Aku mmg minat bersukan terutama futsal, badminton & boling. Tapi sejak lutut aku dioperate, pergerakkan aku telah terbatas dlm sukan2 ni. Tapi kerana minat aku terus kan jugak wpun sakit.oh ya, di tempat aku kerja, aku ada team futsal, badminton & boling,  klau ada sapa2 yg ingin buat friendly dgn kami, mmg ler kami alu2kan. tapi team kami bukan le pro sgt, biasa2 jer heheee. 

Aku juga ada geng2 gie travel, group aku tu di panggil kebubu & kedabu. Nak tau apa itu kebubu & kedabu. Kebubu tu ialah Kelab Bujang Bursa & Kedabu tu kelab Dara Bursa hahhaa.. tp klau ada geng yg dah kawin nk join kami no hal


Aku seorgn yg simple, easy going dan ikhlas dlm berkawan. Kenali aku dulu sebelum judge aku yer... mmg klau siapa yg tak kenali aku akan anggap aku ni pendiam & sombong. Tapi bila korang dh kenal & rapat dgn aku korang akan tau sapa aku yg sebenarnya.

Cuma bab2 family mmg aku berahsia sikit. aku pun tak tau knaper, tp aku rasa biarlah cerita family hanya aku & yg rapat dgn aku saja yg tau. Tp klau diri aku, aku terbuka... tapi x adalah buka habis. ok- aku stop kat sini dulu. ada umur pjg kita jumpa lagi


adios











No comments:

Post a Comment