Mengimbau sejarah Tamu mingguan atau ‘Semio’ di Kota Belud yang diadakan setiap hari minggu (ahad) , ianya telah melalui pelbagai rentetan sejarah suka duka dan pahit maung sepanjang jasanya kepada masyarakat Kota Belud yang yang dilingkungi oleh segenap lapisan rakyat dari pelbagai kaum dan etnik. Transformasi demi transformasi yang dilalui oleh ‘Semio’ ini sedikit sebanyak seakan menghakis ‘keasliannya’ yang pernah ditandai sebagai tempat bertemu, berdagang dan pusat pengembangan ekonomi rakyat yang unik secara tradisional oleh masyarakat sekitar Kota Belud.
Justeru, betapa perlunya ‘semio’ ini dijenamakan semula bukan setakat pengembangan ekonominya tetapi sebagai pusat pengembangan seni budaya pelbagai kaum demi mendukung perpaduan serta menterjemahkan konsep 1Malaysia. Melalui seni dan budaya. Pokok pangkalnya, sesuatu perlu dilakukan untuk meletakkan ‘semio’ sebagai pusat pengembangan budaya setempat selain daripada pusat pengembangan ekonomi masyarakat Kota belud.
Ini bermakna, sesuatu nilai tambah perlu dilakukan terhadap fungsi semio agar memberi sesuatu ‘pulangan’ berbeza pada masyarakat. Pada masa yang sama memberi keunikan semula kepada semio yang dikhuatiri terbenam nanti kemeriahannya di mata masyarakat Kota Belud yang pernah menyanjunginya, lebih-lebih lagi di mata para pelancong luar negeri mahupun mengunjung dalam negeri yang datang bertandang ke ‘semio’.
Nilai tambah itu nanti akan menambahkan kemeriahan serta keunikan semio. Mari kita semarakkan seni di semio. Pelbagai cabang seni mampu kita ketengahkan. Meliputi seni budaya dari pelbagai kaum. Bajau, Dusun, Irranun, Ubian, Cina dan lain-lain.
Info mengenai tamu kota belud : http://zainorainmakbul.blogspot.com/2011/04/semio-tamu-kota-beludmencari-nilai.html
No comments:
Post a Comment